Tuesday, November 30, 2010

~ Pendek Umur ~

Suatu hari di sebuah hospital.....Al kisahnya...Doktor sambil menggeleng kepala berkata....


Doktor : Penyakit encik dah kritikal sangat2 ni..Ermm, saya rasa jangka hayat encik pon dah tak panjang lagi..


Pesakit : Betul ke doktor??? Tapi berapa lama lagi agaknya saya dapat hidup?? (tanya pesakit dengan muka yang amat takut dan sedih...mata dah bergenang dengan air mata dah nampaknya..)


Doktor : Ermm..sepuluh je....


Pesakit : (Dengan nada yang terkejut dan terbeliak mata, pesakit tu pon tanya..) Hah..sepuluh? Sepuluh bulan ke doktor..atau sepuluh minggu, ke sepuluh hari????


Doktor : Sebenarnya....(Si doktor pon melihat jam di tangannya....sambil menyebut..) Sepuluh, sembilan, lapan, tujuh, enam....

Pesakit : Aiyyakkkkkk.....




***Pesakit yang terdengar bilangan saat doktor itu pon tersentap lalu terus mati sebelum habis kiraan sepuluh....Innalillah...***

Wednesday, November 10, 2010

Ayat-ayat Power Selepas kawin.. Cam betul je kan??

Inilah situasi pasangan2 zaman sekarang..nak kata xbetul..dah mcm2 kita dgr & tgk jadi skgni sampai jadi isu negara.....renung2kanlah...Baru2 kawin knp boleh lemah lembut dan jaga hati pasangan?? Tapi bila dah jadi hak mutlak dan mungkin sudah lapuk, macam2 herdikan yang pasangan dapat....

Kalau baru2 kawin kenapa boleh je romantik macam ni??? Tapi....
Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah ya, mmmuahhhhh.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Lama lagi ke ke kt dalam nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pi lah gunung ledang sana !!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang...
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???

Pulang Kerja:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah.
6 tahun: pakai duit u sendirilah apa yg U nak.. i takde duit.

Telefon:
6 minggu: Baby, ada org call u nih..
6 bulan: Eh... Your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh?
6 bulan: Hati-hati la, nanti jatuh tuh..
6 tahun: Orang dah ckp byk kali pon tak paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu..
6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancang Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-TUKAR BOLE TAK..??

Bila dah mengganjak ke usia yang agak lama, kenapa xdikekalkan benda yang baik itu??
p/s: betul ke cmni?? (*_*)

ermm....xtawlah..kadang2 dah mula nampak kan?????

Saturday, November 6, 2010

'MAKANAN YG DILARANG BAGI PENGANTIN BARU WANITA'

Sumber dipetik dari sahabat2....untuk para pengantin....

RASULULLAH S.A.W.. ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah menceritakan :"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda : "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya .
Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian maka Allah mengeluarkan tujuh puluh (70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :-

1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam

 Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.

"Saidina Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan) ."Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.
Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.""WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."

Selamat beramal...

Friday, October 15, 2010

12 Barisan Manusia Menuju Ke Akhirat....

Okeh...untuk perkongsian ilmu kita pada hari ini...taraaaa....bacalah di bawah :

Barisan pertama:
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :
"Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".
Firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".

Barisan ke-2:
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah
"mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."
Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.

Barisan ke-3:
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking
"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.
Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan ke-4:
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut
"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.

Barisan ke-5:
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar
"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.

Barisan ke-6:
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7:
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Me reka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.

Barisan ke-8:
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. M ereka adalah orang yg melakukan zina.
Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".

Barisan ke-9:
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

Barisan ke-10:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. M ereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11:
Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.
Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12:
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.
Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.
Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.
Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"


Renung2kanlah...untuk kebaikan dan manfaat kita bersama....

Kisah Aming Gi Sejid - copy dari sorang kawan...utk share lawak2 jer...

Cite ni bukan saya yg cipta k..sifu xpandai loghat Ganu nih...ni jupe dlm fb mber2 yang agak kreatif menulis hanya untuk tatapan kengkawan laen...so..kite baca je...sronok sangat2...xkering gusi baca dari awal hingga last.....

KISAH AMING GI SEJID.

Ayoh ye kate doh tok bolih ikut. Ye nok ikut gok . Pah tu dalang sejid wat bising. Ye berembah ngan abang dia. Bising Bango. Ayoh dia hok tengah mayang ni nok maroh dok tau ahh. Geletik tangang rasa nok bui penampor sutir. Orang laing kiri kanang dalang sof mok’o rase gitu jugak,  mesti dok kusuk semayang. Kalu ye maghi dekat, bulih junga tangang, belang-belang bace fatehoh, mesti kena keppok pale,  baru ye bulih dudok diang. Base anok dok rajing mari sejid, ye ingat sejid ning macang padang tepat maing. Ye berembah, ye berembah jugak nge abang dia.   Nok buwak gane , budok dua  taung , dok tahu ke mende.  Orang paka baju melayu nok gi sejid, ye derah-derah gi ambek baju retek dalang robok. Tak dok pioh, ye buke abih sorok dalang rumah cari pioh, bulih ke dia pioh besar, paka jugak, paka jugak walaupung dok lekat di pale. Tengelang separuh dahi napok butir mate je dua butir, kelit-kelit. Ayoh ye kate “Aming doh ayoh gi ahhh, kek gi aming bising, dok dudok diang, kaca orang mayang”. Panda ye jawak “Aming  uduk je, Aming diang je, Aming mayang nge ayoh”. Uhh,  jawak bukang maing juruh. Ayoh dia pong ajoklah, nok try ,bulih ke dok dia duduk molek-molek mase orang semayang jumaat. Kalu dok ajok kang ye nangis guling hanyar depang mok dia,  sapa orang abih mayang. Rohoklah mok dia nok suruh senyap kekgi.

Mase khetbah tu ye start doh, iyah-iyah ye fire ke abang dia. Abang ye senyak je, dok layang. Ayoh ye keling-keling dari jauh, pah tu cerelong ngan wat mulut cettum gitu. Marohlah tu .Ye senyak kejap. Pah tu ye segok-segok pulak abang dia, iyah-iyah, koya jadi ultrameng lawang raksakse.  Ayoh ye cerelong lagi, ambek jari tunjuk bubuh dekat nge bibir, wat gerok kiri kanang. Perit meto , takutlah tu konong. Derah-derah ye gi duduk bira abang dia, terkising-kising senyung. Dok dan dua minit ye segok pulak abang dia, maing pogong-pogong pulak, iyah-iyah..

Ayoh dia buat isyarat ke abang dia ,suruh maghi dekat. Ayoh dia bisik “koho teruk adik mung ning, mung ajok adik mung gi blakang, tepat orang buh lipar nung, mung layang ye berembah, kot panda ye ah nok begocoh ke, nak berguling ke, nok teranding di dinding ke.Dok bolih jadi gining, ye kaca orang nok mayang kekgi.”   Abang dia ajoklah gi blakang. Ye pong derah-derah ikut.

Amanglah sementor. Bulihlah dengar khetbah molek skit. Tok imang perabih khetbah dia, pas tu sedia nok semayang. Pah takbir je , bace patehoh, eh-eh tubik mari duane dok tahu, ye mari pulok nge abang dia. Duk selit celoh sof. Ye akat takbir jugak pah tu wat mulut bebet-bebet, pecih-pecih, pecih-pecih bunyi, bace mende dok tau.  Ekseng je lebih.Mase abang dia sujud ye buwak pulok, tengok molek ngat  abang dia sujud, kabat lallu atah blakang wat macang kuda. Keduk-keduk , bising bango. Mase abang dia duduk , ye pelok tekok abang dia , lepah tunju dua tige butir, debih-debih bunying. Gitulah sapa orang abih semayang.

Lepah bagi salang, kiri dan kanang, ayoh dia cerrelong slalu, bulat gete mate dia macang nok sembul , maroh tahap gajah naik minyok. Ye kejut ke mate sembul ayoh dia , Ye lari gi nusuk blakang abang dia, tahu nye saloh sebab ayoh ye pesang benor doh jangang wat bising dalang sejid.  Ayoh dia saoung  slow-slow  “Sape maing masae mayang takdi hahhh ?”. Dalang takut-takut dia jawak “Bukang Aming”.  Kebetulang tok imang tengah bace doa lepah mayang, tok makmung pulak jawak rama – rama “Aminggggg”. Ye kejut , watpe semua orang kata Aming.  Ayoh dia kate lagi “Sape bising bango main gocoh dalang sejid hahhh” . Tok Imang  bace doa .Makmung jawab aminggggg. Ye pucat lesi doh muke, ye jawak “Bukang Amingggggg, bukang Amingggg.. muke paling kiri kanang tengok ke makmung, mintak kasihang belas. Abang dia doh dok tahan suke tengok keaadaang dia hok pucat lesi. Ayoh dia wat lolok tanye lagi “ sape hok maing berembah dalang sejid ahhhh?”. Tok  Imang perabih doanya, hok akhir dia kate “Ya Rabbal Alaminnnnnn”, kuat skit dari biase. Makmung-makmung sume pakat perabih amingkan doa tok imang, kate kuat skit dari biase “Amin Ya Rabbal Alamin”. Ye kejut hanyar. Bukang Aming, Bukang Aming, selok ye nangis takutan.  Makmung sume tengok ke dia . Derah-derah Ye gi  jerba ke ayoh dia. Reboh nungging ayoh dia sapa sellok kaing-kaing. Abang dia dok tahan, suke sampai guling bating depang  sof.


okes...cerita Tamat..nnt if ada sambungan dari mber tersebut sifu noticed lain k...

Budget 2011- gaji, elaun, RM?????

Haaa....hari ni kn budget 2011 dibentangkan..aku pon baru je pas terlentang depan tv tadi...
fuhhh....konon2 nk dengar cite best lah kot2 naek gaji...hak3....kuciwa laa...xde pon kenaikan gaji..
Just mcm biaselah.. peruntukan / bantuan kewangan di akhir  tahun jer...tapi tetap bersyukur Alhamdulillah.. dapat jugak lah RM500 nnt....tapi yang seronoknya adalah Tok2 Imam, Tok2 Batin, Ketua2 Kampung, JKKK, Jaga, Posmen dan juga guru2 Kafa....elaun naek banyak tue....wow! tahniah laaa....senang la hidup lepasni yea...ntah bila lah pulak turn kami2 nie....
Tapi adalah jugak yang sedap telinga aku ni dgr2...hal2 dan jugak peruntukan bagi org2 muda like us ni yg baru nk menapak dalam hidup....yea lah...diumumkan byk jgk inisiatif tadi yang akan menyeronokkan diriku dan suami..heheheh...sebabnya memang aku tengah gila mencari rumah...hohohoho....suka nya bila dikatakan hal2 yg +ve tadi....so aku rasa xdelah halangan utk mengumpulkan aset di waktu muda nie....tenkiu laa....pinjaman 10% pendahuluan pon akan dibiayai, so, dats meen pinjaman 100% tanpa perlu keluarkan sebarang duit utk beli rumah...wow,seronok betul dgr....tapi yg tu hanya bagi mereka2 yang bergaji bawah RM3000 sebulan saja k....like us yg baru nk mula menapak nie....hehehe....pastu jumlah pinjaman pon akan dinaikkan lebih tinggi dgn jangka masa yg agak pjg lagi....
Alhamdulillah...ada jgk peluang utk aku beli rumah thn depan...moga2 tercapai....Aminn....

Thursday, October 14, 2010

Mari Kita Cungkil PerghhhTua....

Tips/Petua Kecantikan

KECANTIKAN WANITA
Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkanlah kata-kata kebaikan. 
Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, bagikanlah makanan dengan mereka yang kelaparan.
Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.
Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain. Perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni.
Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah
senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur. Dan dengan
bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.

Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakan, bukan pada bentuk tubuh, atau cara dia menyisir rambutnya. Kecantikan wanita terdapat pada mata, cara dia memandang dunia. Kerana di matanya terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.

Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajah. Tetapi pada kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.


wohohoho....itu hanya sebagai intro saja....ntah hape2 kan??tengoklah kat bawah ni...ada la sikit2 petua yang boleh digunapakai....try la, InsyaAllah.....

Santan tidak berbau
Bagi puan yang bekerja atau suri rumah mungkin bermasalah apabila santan diperah terlebih banyak. Untuk memastikan ia tidak berbau dan tahan lama masukkan dua/tiga cili padi kedalam santan dan simpan di dalam peti sejuk, insya-Allah santan tidak berbau dan tahan lama

Susu kilatkan daun hijau

Banyak suri rumah suka menghias rumah dengan pokok berdaun hijau. Untuk mudah membersihkan habuk daripada daun hijau juga untuk mengilatkan daun, cubalah cara ini ambil susu cair atau susu tepung yang dilarutkan di dalam air. Tuang susu itu di atas span lembut dan lap pada daun hijau tadi. Hasilnya daun nampak berkilat dan bertambah hijau.

Petua kempiskan perut (haa..ni bg yang agak nk buncit  ke arah boroi tu....baik try!)
Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula. Tapi..AWAS...sekiranya buncit ada anak....mintak maaflah...

Mengatasi kelemumur
Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali. Agak2 malas sgt...beli je shampoo Rejoice, Pantene....hehehe...anti kelumumur kannn.....

Tepung Gandum Rawat Kulit Terbakar (tp bukan utk kulit terbakar kena api taw....jgn slh faham)
Kepada yang melakukan kerja luar sering menghadapi masalah kulit muka terbakar kerana panas matahari. Untuk memulihkan kulit wajah, bancuh sebati sedikit tepung gandum bersama madu dan putih telur serta air limau nipis. Sapu bancuhan pada seluruh muka kecuali bahagian mata dan mulut. Biar kering baru cuci dengan air bersih.

Tumit Pecah-Pecah
Cara mudah dan murah untuk menghilangkan pecah di tumit, sediakan kelapa yang diparut tidak terlalu halus dan sedikit garam. Gaulkan kelapa bersama garam hingga sebati, Tumit dan tapak kaki yang pecah itu hendaklah dicuci terlebih dahulu. Selepas itu sapukan kelapa bercampur garam pada tumit dan tapak kaki sambil menggosokkannya rata-rata. Kemudian cuci kaki hingga bersih. Amalkan petua ini tiga kali seminggu sebelum tidur.

Mata Anak bersinar (hehehe...petua ni menarik...xyah nnt anak nk minum pati Inner Shine utk mata bsinar lagi....)
Sewaktu diketahui dirinya hamil, seorang ibu hendaklah mengamalkan makan sebiji buah delima yang masak pada setiap bulan kandungan sehingga sembilan bulan. Insya-Allah mata anak yang dilahirkan akan bersinar.

Mengelak Bekas Cengkering
Kanak-kanak yang terkena cengkering akan mengalami kegatalan dan meninggalkan kesan bertompok-tompok di seluruh badan dan muka. Untuk mengelakkannya ambil secekak akar daun lalang, bersihkan tanah dan pasir yang melekat kemudian rebus di dalam periuk besar hingga mendidih. Setelah suam, barulah dibuat mandi seluruhan badan, lakukan ketika cengkering hampir kering.

Membunuh Lipas (try je mana2 agak boleh....)
Untuk membunuh lipas dan tidak membiarkan ia membiak, ikut beberapa petua ini.
1. Ambil hujung timun atau pangkalnya dan letakkan di tempat ada banyak lipas. Insya-Allah lipas akan mati,
2. Ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkan di tempat lipas membiak.
3. Kalau terlalu banyak sangat, bolehlah sediakan ubi kentang yang direbus dan dilecek dicampurkan bersama serbuk penaik dan gaul. Buat seperti pergedel dan letak di tempat banyak lipas. Lihat
kesannya nanti. (eee.....pasti korg geli lah tgk nnt..)

Mewangikan Rambut
Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.

Kilatkan Cermin Mata
Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dgn kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama.

Jemput-Jemput Menjadi Lembut
Untuk yg inginkan jemput2 menjadi lebih lembut & enak, cuba masukkan air perahan limau nipis (buang bijinya) ke dlm adunan tersebut. Hasilnya pasti memuaskan anda.

Elakkan Kelemumur
Limau nipis juga ubat kelemumur yg mujarab. Caranya potong limau nipis & tenyeh pada kulit kepala. Biarkan seberapa lama yg mungkin & bilas.

Mencuci Barangan Perak
Campurkan perahan air limau & garam ke dlm mangkuk yg berisi air & cucikan barang perak anda. Hasilnya barang perak akan berkilat.

Segarkan Taugeh
Taugeh akan menjadi segar w/pun berhari2 sekiranya anda mencampurkan perahan air limau nipis ke dlm air tempat anda merendamkan taugeh. Tetapi pastikan anda menukar airnya setiap hari.

Limau Nipis Cantikkan Badan
Sediakan segelas air suam & masukkan tiga sudu kecil daun teh & juga sebiji air perahan limau nipis. Biarkan
semalaman. Minum setengah gelas di waktu pagi & setengah gelas lagi waktu petang. Amalkan 3 kali seminggu.

Menghilangkan Kesan Bau Papan Pemotong
Adakalanya kita menghadapi masalah utk menghilang bau hanyir pd papan pemotong. Ambil sebiji limau nipis & kemudian di potong dua. Sapukan limau tersebut pada permukaan papan pemotong. Hasilnya bau yg terdpt pada papan pemotong akan hilang.

Hilangkan Bau Kaki (ni masalah bagi lelakilah.....selalu sgt!)
Sering didapati kaki kita berbau apabila memakai kasut sarung atau tertutup. Untuk mengatasinya, ambil limau nipis, potong2 & gosokkan pd kaki. Lakukan setiap ptg selepas menanggalkan kasut. Insya-allah bau kaki akan hilang.

Hapuskan Kesan Karat Pada Pakaian
Utk hilangkan kesan karat pd pakaian, amalkan cara ini. Ambil sedikit garam, perahan air limau nipis & larutkan bersama air rendaman pakaian & biarkan semalaman. Keesokkannya cucilah spt biasa.

Wednesday, October 13, 2010

Tanda2 saat kematian semakin hampir...Renung2kanlah!

100 hari sebelum kematian:
Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian:
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian:
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian:
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian:
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


Tanda akhir sebelum kematian:
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Bagi setiap muslim...bersedialah menghadapi saat ini dengan amalan yang secukupnya...

Monday, October 11, 2010

Tarikh keramat 10.10.10...tragedi menyayat hati 10 October 2010...

Ramai yg tertunggu-tunggu untuk sampai tarikh keramat 10hb10 thn 2010..lebih cantik angkanya mnjadi 10.10.10....so, ramai jugaklah yang mengambil keputusan untuk mengabdikan 'date' ni sebagai hari istimewa mereka...contohnya mcm angkasawan kita yg jugak menikah pada date ni....kebanyakan pasangan muda yang ingin mndirikan rumah tangga atau pon ingin mengikat tali pertunangan telah menunggu tarikh keramat ini bagi melaksanakan majlis istimewa tersebut...TETAPI....kita telah pon digemparkan dengan satu tragedi yang sangat ngeri dan mnyanyat hati apabila berlakunya kemalangan di Selatan Tanah Air kita yang juga jatuh pada tarikh keramat tersebut....10.10.10....hayatilah dan saksikan lah tragedi yang telah berlaku ini...hanya sekadar untuk renungan dan peringatan kita sesama masyarakat...









Sungguh ngeri...sedekahkan al-Fatihah untuk mereka seIslam yg pergi...dan bagi keluarga mangsa...tabahlah dengan dugaan ini....lihatlah lagi situasi di tempat kejadian....





















sekian saja....al-fatihah...amin...

Sunday, October 10, 2010

Rumah terbakar panggil bomba...bomba dtg berlumba2..hhehehe..

Sedang aku menyibukkan diri meng'edit' blog aku yg ntah ape2 ni...tetiba..asap berkepul2 kat ruang udara...OMG,wat hapen???diriku tkejut lah jugak...api!
Tolong3...tetiba dh dgr bunyi keriuhan di bawah...aku pon jenguklah kat tingkap,rupe2nya....ada kebakaran...masyaAllah..api dh menjulang2 tinggi....maha dasat tu...pastu orang yg lalu lalang kat jalan pon bt2 lah busy body kononnya nk tolong, padahal bukan tolong ape, tp tolong semakkan keadaan je..dah susah keta bomba nk masuk g kt tempat tbakar tu..ish3..manusia,gtu lah...tolong tgk dan tlg mnyusahkan adelah.
hehehe...dh pjg lebar terangkn mesti korg pon xpaham kenapa aku xlarikn diri sebab dh berlaku kebakaran kan???aku pon peliklah jugak kenapa aku xlari...sebenarnya kuarters depan rumah aku yg terbakar haa...wat hape aku nk larikan diri..aku dh sedap2 kat tingkat6 ni sedaplah pulak menengok gelagat org kat bawah tu....bomba yg datang tu ada dr dalam kuarters ni...TLDM punyer lah...pastu tambah2 lagi kereta bomba dari luar dtg jugak berlumba2 nk padam kebakaran yang berlaku..bagus betul perkhidmatan ni,cepat dan pantas berada di tempat kejadian..respek la kat korang sume bomba2...hehehe....
aku tgk ada yg kalut pasang wayar air, padahal tgu air xkuar2...aishh...pelik ni..api makin tgi haa....gerun jugak aku tgk....naseb bukan kat kuarters aku yg terbakar..haishhh..syukur sgt2. pastu situasi di jalan dh makin sesak..ni lah yg aku pelik..slu2 kalau ada ape2 yg jadi msti org berpusu2 stop nk tgk ape jd...tp bukan nk tolong ke hape, masyarakat sekarang dh lain sgt dgn org dulu2..cewahh..mcm aku taw je org dulu2 cmne...ok lah, return kat rumah terbakar tu..aku pon leka la jgk tgk bomba ni tunjukkan kemahiran dorg padamkan api...wow, daripada asap yg berkepul hitam dh jadi makin putih sbb api dh terpadam..tapi masih ada lagi sisa2 yg sedang memarakkan api kat bawah timbunan kayu terbakar tu....ni mesti keje kontrak yg sedang me'repair' rumah tu lah....kayu2 dilonggokkan mcm bukit. pastu ada sepihan rokok ke hape ke dibuang merata2 masa time keje...tanpa sedar api yg kecil utk sedap2 hisap rokok tu dh pon marak last2 lari jgk dorg haaa.....apesal xbawak rokok 1 cotton g cucuh pakai api tu..taw plak takut...ni la org yg suka sgt merokok..dh la memudaratkan badan...dh tu menambahkan susah dan bahaya pada masyarakat sekeliling...ish3...ni boleh dijadikan pedoman taw...hisap rokok jgn buang merata2..pas buang korg bukannya tgk api tu padam ke x..ntah2 dh marak pastu jd la kbakaran mcm ni...tu kalau siang hari org sedar lagi..kalo malam????Nauzubillah....ingat3 sendirilah ye...
ok lah..itu saje untuk note yag nih....last2,dlam ms sejam jugaklah aku tgk bomba tu dok padamkan api hingga titisan air yg terakhir...berjaya jgk la..tahniah pada para bomba tersebut..bagi yg lain2 yg tolong menyibuk tepi jalan pon tahniah jugak sbb anda adalah masyarakat yg prihatin mcm sye....hehehe....

bujang terlajak...Tgk nie!



Lawak ini hanya pesanan penaja..hehehe..untuk meramaikan umat Muhammad..jgnlah sampai dh tua kerepot pon xnak kawen2 lagi....jangan bazirkan masa dan tanaga muda yang ada.kerjaya dan kehidupan amat bermakna untuk kita semua...bekalan untuk hari tua hanya waris dan keturunan yang akan menjaga kita. Manakala ilmu agama akan kita bawa hingga ke akhirnya....beringat2lah semua...itu saja...untuk memenuhkan masa yang ada nih...

Saturday, October 9, 2010

Lawak 3 suku...

Kalau rasa2 boring tue,tgk2 jelah pages nih...aku pon copy saja..syok2 gtu..dh bosan,aku bt la sumting dats not so bored...boleh lah...layanzzz...

Lawak 1
Dalam hujan lebat, malam gelap gulita, jalan tidak berapa nampak, aku cari jalan mudah follow kereta depan, tiba-tiba kereta itu emergency brake, aku sondol belakang keretanya. Aku turun dalam hujan lebat dan marah pemandu itu kerana berhenti mengejut, tapi dia nampak kehairanan kerana aku marah dia dalam garaj kereta rumahnya.

Lawak 2
Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju ke seberang. Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina yang cukup. Anjing A pun training habis-habisan, anjing B relaks je. Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang dan anjing B sampai awal daripada A, malahan sempat makan lagi. Anjing A tak puas hati, tapi anjing B kata,”Ala… releks le, aku ni kan anjing laut.”

Lawak 3
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.”Atok buat apa tu?” “Atok bagi surat kat kawan atok, cu!”jawap atoknya. Cucunya bertanya lagi,”Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?”

Lawak 4
Seorang makcik nak beli tembikai merah, penjual menjamin tembikai yang dijualnya berwarna merah, tetapi bila tembikai tersebut berada di tangan makcik, tiba-tiba ianya terlepas, jatuh dan berwarna sedikit keputihan, takut di panggil penipu, si penjual pun berkata,”Eh! Tadi merah, pasal jatuhla, dia takut terus jadi pucat dan putih.”
Makcik tu pun baling tembikai tu kat muka si penjual tu.

Lawak 5
Sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbang berserta 2 orang kenamaan telah jatuh terhempas. Juruterbang itu terselamat tetapi alfatihah buat 2 orang kenamaan itu. Apabila sedar dari koma, juruterbang itu telah disoalsiasat oleh pihak polis,”Cuba awak ceritakan apa yang telah terjadi untuk memudahkan siasatan kami.”
“Mmmmm… entahlah tapi pada ketinggian 30,000 meter tiba-tiba saya terasa sejuk sangat. Jadi saya telah matikan kipas Helikopter tu…

hehehehe.....

petua Imam shafie...

Dalam boring2 dok sorang ni aku pon cari2lah benda yang boleh aku tulis kat cni...sekadar nk kongsi2 saja..pastu dapatlah benda ni....erm,baca punya baca,pikir punya pikir..betul jgk and its good for our life...kalau sekarang ni kita nk buat sumting suka sgt la ikut petua lama.tp entah boleh pakai ke tak,kita sendiri pon xtaw..tapi ini petua dari para ilmuan dan ulama' yang tersohor...guna pakailah untuk kesejahteraan bersama....

* Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging

2. memakai haruman

3. kerap mandi

4. berpakaian dari kapas



* Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)

2. selalu cemas

3. banyak minum air ketika makan

4. banyak makan bahan yang masam



* Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat

2. bercelak sebelum tidur

3. memandang yang hijau

4. berpakaian bersih



* Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis

2. melihat orang dibunuh

3. melihat kemaluan

4. membelakangi kiblat



* Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong

2. rajin bersugi (gosok gigi)

3. bercakap dengan orang soleh

4. bergaul dengan para ulama



* 4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI - Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit
dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH - Mengiring ke sebelah kanan untuk memudahkan
terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA - Mengiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan
yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN - Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Haa....tu dia. senang je kan??bukan kena buat ntah hape2 macam petua yg kadang2 mengarut dan tambah2 pulak ada yang khurafat..masyaAllah...kadang2 hal yang baek itu mmg ada tapi suka sgt ditokok tambah sampaikan menjadi hal yang xboleh masuk di akal..manusia mmg la mcm2..dunia sekarang makin tua...sedar2lah wahai manusia...
xpe2..ada masa lagi untuk kita berbuat baek dan bertaubat kepadaNYA...
Ingatlah..pintu taubat sentiasa terbuka...hehehe...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...