100 hari sebelum kematian:
Ini adalah  tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh  mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam  akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja.  Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu  dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau  seakan-akan mengigil.
40 hari sebelum kematian:
Tanda  ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan  berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan  gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut  akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita  antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan  terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan  jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan  bingung seketika.
7 hari sebelum kematian:
Adapun  tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah  kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya  berselera untuk makan.
3 hari sebelum kematian:
Pada  ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di  antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka  berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak  najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita  nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi  orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat  dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu  dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak  kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar  ditegakkan.
1 hari sebelum kematian:
Akan  berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di  sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita  tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir sebelum kematian:
Akan  berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di  bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik  ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah  syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk  menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan  sekarang akan mematikan pula.
Bagi setiap muslim...bersedialah menghadapi saat ini dengan amalan yang secukupnya... 
 
 
 
No comments:
Post a Comment
Try korang bebel kat sini....