Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Wednesday, March 16, 2011

~ Bestnya jadi BABY ~

Kuang3....Acctually Sifu bukan nak buka cite pasal sifu baby dulu2 kala...(dah hampir 26 tahun berlalu....cewwah...lamanya saya dah hidup sebagai anak mak dan ayah saya....)
Setelah jadi anak mak dan ayah selama 24 tahun...kemudiannya saya telah disunting untuk menjadi ISTERI ORANG pulak....Fuhh...lengkap jugak separuh daripada imanku dengan berkahwin..hehehe...Sesape yang belum kawin tu cepat2 berjodoh hendaknye....
Tapi....saya sekarang dalam tempoh berpantang daripada eksiden...Doc nasihatkan saya supaya tidak MENGANDUNGKAN DIRI dalam tempoh terdekat ini buat sementara waktu...Alahai,tidakkah kau tahu Doc bahawa aku teringin nak ada baby???
Kalau saya langgar pantang ok x?? Sebabnya huB dan diri saya sendiri nak anak..dah hampir 2 tahun kitorg nikah taw....saya dah bosan dengan soklan yang berbunyi begini :

- Dah lama xmsg n call aku, knp....tgh mabuk ke??? 
   (Aduhai....xcall n msg pon leh jadi isu ker??...)
- Tak de lagi ke tanda2 nak dpt baby lagi ke???
   (Ko nak tanda ape...tnda tanya..tanda seru....????Ishh...)
- Try la produk biodex...dah ramai try jadi jer....
   (Mak aii...ko ingt aku xsubur ke??Hahaha.....Macam nak sekeh jer..)
- Tak de anak lagi eah...dah bape tahun kawen???
   (Eah suka hati akulah bape tahun pon...yg ko sibuk naper???kalo aku ramai anak ko nk tolong bagi
    makan ker????Haaa...hambik ko!)
- Bila nak bagi Iman adik??dah xsabar nie....
  (Laaa....ko tanya aku????Woi...dah sah2 Iman tu anak ko...dia nak adik, ko la yang bagi...pesal ko
    tanya aku pulak....Pengsan aku mcm nih)
- Aii...laju jek makan asam2...dah de pape ker???
   (Aku makan asam pon xleh ker???Kalo ko nak sikit mintaklah ....xyah nak perli2 aku...aku sumbat
    slipar dlm mulut ko baru ko taw beza asam ngan slipar gak kang.....)

 Begitulah soklan2 yang aku dah mula nak fedupkan diri untuk mendengar.....Boring..Meluat....Benci....xsuka dan seumpamanya....takkan lah tiap kali saya jumpa orang saya nak ckp yang dlm pantang sbb eksiden....so xleh ngandung lagi.....Ermm..kalo jenis paham bahasa xpe jgk...ni yang ddk satu rumah pon xpaham2...dok tnya bila2...bila....bila.....Arghhhhhh....Aku BOSAN!!!!!!

Jadi sesape yang ada petua atau pon pemuda yang boleh nak bagi dapat anak cepat2 tolonglah......
Sharekan yer..hahaha....xmalu betul saya!
Ok....itu aje sebenarnya nak post...hehehe......dah xde keje...layanlah perasaan bengang ni sekejap....Daaa....!

Monday, March 14, 2011

Segmen petua canteek!

Menyerikan Wajah
Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah wajah anda.

Menegangkan Kulit Muka
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah disagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudian campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar.

Melicin dan Memerahkan Kulit Muka
Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.

Menghaluskan Kulit
Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dengan air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi untuk membersihkan kulit.

Merawat Kulit Berkedut
Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.

Awet Muda
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Kulit Cerah dan Licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.

Mengekalkan Kecantikan
Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman. Menghasilkan kulit cantik. Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yang telah dihancurkan.

Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat
Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yang anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada.

Menghilangkan Parut di Kulit
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yang mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Awet Muda
Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.
Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat Nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Menghilangkan Jerawat
Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan dimuka dan di tempat jerawat Insyaallah, jerawat akan beransur hilang.

Menghaluskan Kulit Muka
Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi, kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang limabelas minit. Selepas itu barulah dibilas.

Didihkan susu segar atau pun susu tepong bercampur air. Biarkan ia sejuk. Lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.

Memerahkan Bibir
Sapukan madu asli pada bibir tiap-tiap malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insya allah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.
Menaikkan Seri Muka
Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit.
Menghilangkan Parut  Jerawat
Mula-mula ambilkan sedikit madu  dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan  jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap  wanita.
Naikkan Seri Wajah dan Otak  Bijak
1.   Seri Wajah: Ambil  sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajah lakukan  pada
tiap-tiap pagi insya'Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.
2.    Otak menjadi bijak: masukkan sedikit garam dalam 1 gelas air dan minum  pada setiap pagi
insyaallah mujarab.
 
Mencantikkan Kulit  Muka
Untuk jadikan kulit muka yang  cantik, mestilah rajin mencuci.
1.   Sapu muka dengan telur  -merah/putih biar hingga kering
2.   Cuci muka dengan air suam dan  sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn
      tuala yg bersih.Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak  ditumbuhi jerawat dan
     menegangkan kulit muka yang  kendur.
 
Menyerikan Wajah
Ambil,embun pagi dihujung  rumput/daun ( dikawasan yang tiada pencemaran ) dan sapukan ditapak  tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga  kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu insyaallah.  
 
Menghilangkan Hitam di Muka dan  Jerawat
Ambil kayu manis dan dicelup di  dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti batu.. sapukan kayu manis  yang sudah dikikis di kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat.. Insyaallah  jerawat dan bintik- bintik hitam akan beransur hilang...tapi kena rajin  mengamalkannya. ..Semoga anda berjaya dan selamat mencuba.  
 
Petua Awet Muda
Bangun  pagi dari tidur...minum air masak @ air kosong 3 gelas sebelum basuh muka @  gosok gigi. Selepas itu barulah bersiap untuk mandi. Amalkan selalu setiap  pagi selepas bangun daripada tidur. Senang dan mudah. Cuba dan lihatlah  kesannya kerana saya telah mencubanya.
 
Muka Berseri  
Bangun pagi, sebelum air menyentuh  mana2 anggota badan, gunakan jari telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula  dari bawah muka hingga ke dahi disertai dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali.  Amalkan setiap hari. Insya ALLAH, wajah anda akan berseri2.. Jangan rautkan  dari atas ke bawah, sebab ia akan menjadikan wajah cepat kedut. Dan jangan  tinggal solat serta baca Alquran dan berwirid.
 
Sentiasa Muda  
Ramai wanita yang ingin nampakmuda  walaupun usia sudah mencecah sehingga 35 tahun. Petuanya mudah sahaja,apabila  bangun dari tidur, ( jangan gosok gigi ) minum segelas air suam beserta dengan  selawat. Insyaallah umur 35 tahun pun masih kelihatan muda  
 
Nampak Muda
Untuk  kelihatan sentiasa muda walaupun umur anda telah meningkat dewasa amalkanlah  selalu makan ulam kampung. Ia banyak memberi khasiat pada tubuh badan kita.  Dan anda juga digalakkan supaya selalu tersenyum walaupun anda sedang  menghadapi banyak masalah. Senyum adalah satu sedekah. Selamat  mencuba.
 
Sentiasa Awet Muda  
Untuk melihat wajah kita agak muda  daripada umur kita, amalkanlah petua saya ini dengan jujur dan ikhlas. Senang  sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff,  kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. InsyaAllah wajah mu akan  kelihatan muda daripada umur sebenar anda. Itu je terima kasih.  
 
Kulit Sentiasa Tegang  
Basuh muka dengan air. Ambil  sebiji putih telor dan sapukan pada muka. Kemudian ambil kapas muka dan  letakan pada muka tadi seperti memakai mask selepas itu sapu kembali putih  telur tadi di atas kapas muka sehingga basah,biar sehingga sehingga kering  Kapas yang melekap di muka akan menjadi seperti topeng muka apabila di buka  nanti. Hasilnya kita akan dapat lihat pada topeng itu terdapat headwhite dan  kotoran yang terdapat pada muka, amalkan sakali setiap minggu. Pasti wajah  anda tidak terdapat jerawat dan kulit akan putih dan lembut.  
 
Muda Jelita Sentiasa  
Setiap wanita amat mementingkan  kecantikan dan kesihatan diri. Amalan memakan Ulam-Ulam yang segar dan  Buah-buahan tempatan dapat membantu kita mengekalkan Kesihatan dan akan  kelihatan lebih Muda dari Usia Sebenar. Ulam - ulaman yang saya maksudkan  ialah Ulam Pegaga. Amalkan memakan Ulam Pegaga selama beberapa Minggu dan anda  akan lihat hasilnya. Ianya juga memberi kesan yang Baik kepada kesihatan  dalaman anda. Selamat mencuba petua ini.
 
Wajah Jelita  
Semasa berdandan diwaktu pagi baca  selawat nabi dikedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati  supaya di indahkah wajah seperti nabi Yusuf, jangan takbur bila petua ini  berkesan dan sampaikan kepada orang lain
 
Lentikkan dan Lebatkan Bulu Mata dan  Kening
Ingin kelihatan cantik , Gunakan  Lendir pokok Lidah Buaya dan sapukan pada bulu mata dan kening anda.  InsyaAllah... ...lakukan berulang-kali untuk mendapat hasil  terbaik.
 
Memutihkan Kulit Muka  
Ambil sebatang timun batang  diparut isi dalam nya dan campur bersama 1/2biji asam limau nipis bersama  bedak sejuk dipakai dimuka tiap tiap malam insyaallah kulit muka akan jadi  putih dan jerawat pun hilang.
 

Saturday, November 6, 2010

'MAKANAN YG DILARANG BAGI PENGANTIN BARU WANITA'

Sumber dipetik dari sahabat2....untuk para pengantin....

RASULULLAH S.A.W.. ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah menceritakan :"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda : "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya .
Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian maka Allah mengeluarkan tujuh puluh (70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :-

1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam

 Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.

"Saidina Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan) ."Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.
Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.""WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."

Selamat beramal...

Thursday, October 14, 2010

Mari Kita Cungkil PerghhhTua....

Tips/Petua Kecantikan

KECANTIKAN WANITA
Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkanlah kata-kata kebaikan. 
Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, bagikanlah makanan dengan mereka yang kelaparan.
Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.
Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain. Perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni.
Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah
senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur. Dan dengan
bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.

Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakan, bukan pada bentuk tubuh, atau cara dia menyisir rambutnya. Kecantikan wanita terdapat pada mata, cara dia memandang dunia. Kerana di matanya terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.

Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajah. Tetapi pada kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.


wohohoho....itu hanya sebagai intro saja....ntah hape2 kan??tengoklah kat bawah ni...ada la sikit2 petua yang boleh digunapakai....try la, InsyaAllah.....

Santan tidak berbau
Bagi puan yang bekerja atau suri rumah mungkin bermasalah apabila santan diperah terlebih banyak. Untuk memastikan ia tidak berbau dan tahan lama masukkan dua/tiga cili padi kedalam santan dan simpan di dalam peti sejuk, insya-Allah santan tidak berbau dan tahan lama

Susu kilatkan daun hijau

Banyak suri rumah suka menghias rumah dengan pokok berdaun hijau. Untuk mudah membersihkan habuk daripada daun hijau juga untuk mengilatkan daun, cubalah cara ini ambil susu cair atau susu tepung yang dilarutkan di dalam air. Tuang susu itu di atas span lembut dan lap pada daun hijau tadi. Hasilnya daun nampak berkilat dan bertambah hijau.

Petua kempiskan perut (haa..ni bg yang agak nk buncit  ke arah boroi tu....baik try!)
Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula. Tapi..AWAS...sekiranya buncit ada anak....mintak maaflah...

Mengatasi kelemumur
Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali. Agak2 malas sgt...beli je shampoo Rejoice, Pantene....hehehe...anti kelumumur kannn.....

Tepung Gandum Rawat Kulit Terbakar (tp bukan utk kulit terbakar kena api taw....jgn slh faham)
Kepada yang melakukan kerja luar sering menghadapi masalah kulit muka terbakar kerana panas matahari. Untuk memulihkan kulit wajah, bancuh sebati sedikit tepung gandum bersama madu dan putih telur serta air limau nipis. Sapu bancuhan pada seluruh muka kecuali bahagian mata dan mulut. Biar kering baru cuci dengan air bersih.

Tumit Pecah-Pecah
Cara mudah dan murah untuk menghilangkan pecah di tumit, sediakan kelapa yang diparut tidak terlalu halus dan sedikit garam. Gaulkan kelapa bersama garam hingga sebati, Tumit dan tapak kaki yang pecah itu hendaklah dicuci terlebih dahulu. Selepas itu sapukan kelapa bercampur garam pada tumit dan tapak kaki sambil menggosokkannya rata-rata. Kemudian cuci kaki hingga bersih. Amalkan petua ini tiga kali seminggu sebelum tidur.

Mata Anak bersinar (hehehe...petua ni menarik...xyah nnt anak nk minum pati Inner Shine utk mata bsinar lagi....)
Sewaktu diketahui dirinya hamil, seorang ibu hendaklah mengamalkan makan sebiji buah delima yang masak pada setiap bulan kandungan sehingga sembilan bulan. Insya-Allah mata anak yang dilahirkan akan bersinar.

Mengelak Bekas Cengkering
Kanak-kanak yang terkena cengkering akan mengalami kegatalan dan meninggalkan kesan bertompok-tompok di seluruh badan dan muka. Untuk mengelakkannya ambil secekak akar daun lalang, bersihkan tanah dan pasir yang melekat kemudian rebus di dalam periuk besar hingga mendidih. Setelah suam, barulah dibuat mandi seluruhan badan, lakukan ketika cengkering hampir kering.

Membunuh Lipas (try je mana2 agak boleh....)
Untuk membunuh lipas dan tidak membiarkan ia membiak, ikut beberapa petua ini.
1. Ambil hujung timun atau pangkalnya dan letakkan di tempat ada banyak lipas. Insya-Allah lipas akan mati,
2. Ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkan di tempat lipas membiak.
3. Kalau terlalu banyak sangat, bolehlah sediakan ubi kentang yang direbus dan dilecek dicampurkan bersama serbuk penaik dan gaul. Buat seperti pergedel dan letak di tempat banyak lipas. Lihat
kesannya nanti. (eee.....pasti korg geli lah tgk nnt..)

Mewangikan Rambut
Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.

Kilatkan Cermin Mata
Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dgn kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama.

Jemput-Jemput Menjadi Lembut
Untuk yg inginkan jemput2 menjadi lebih lembut & enak, cuba masukkan air perahan limau nipis (buang bijinya) ke dlm adunan tersebut. Hasilnya pasti memuaskan anda.

Elakkan Kelemumur
Limau nipis juga ubat kelemumur yg mujarab. Caranya potong limau nipis & tenyeh pada kulit kepala. Biarkan seberapa lama yg mungkin & bilas.

Mencuci Barangan Perak
Campurkan perahan air limau & garam ke dlm mangkuk yg berisi air & cucikan barang perak anda. Hasilnya barang perak akan berkilat.

Segarkan Taugeh
Taugeh akan menjadi segar w/pun berhari2 sekiranya anda mencampurkan perahan air limau nipis ke dlm air tempat anda merendamkan taugeh. Tetapi pastikan anda menukar airnya setiap hari.

Limau Nipis Cantikkan Badan
Sediakan segelas air suam & masukkan tiga sudu kecil daun teh & juga sebiji air perahan limau nipis. Biarkan
semalaman. Minum setengah gelas di waktu pagi & setengah gelas lagi waktu petang. Amalkan 3 kali seminggu.

Menghilangkan Kesan Bau Papan Pemotong
Adakalanya kita menghadapi masalah utk menghilang bau hanyir pd papan pemotong. Ambil sebiji limau nipis & kemudian di potong dua. Sapukan limau tersebut pada permukaan papan pemotong. Hasilnya bau yg terdpt pada papan pemotong akan hilang.

Hilangkan Bau Kaki (ni masalah bagi lelakilah.....selalu sgt!)
Sering didapati kaki kita berbau apabila memakai kasut sarung atau tertutup. Untuk mengatasinya, ambil limau nipis, potong2 & gosokkan pd kaki. Lakukan setiap ptg selepas menanggalkan kasut. Insya-allah bau kaki akan hilang.

Hapuskan Kesan Karat Pada Pakaian
Utk hilangkan kesan karat pd pakaian, amalkan cara ini. Ambil sedikit garam, perahan air limau nipis & larutkan bersama air rendaman pakaian & biarkan semalaman. Keesokkannya cucilah spt biasa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...